Pages

ORYSENSE

Orysense

::FAKTA vs AUTA:: KOLAGEN

Assalamualaikum. Hai.

Rasanya kebanyakan orang pun tahu, kolagen ni dihasilkan secara semula jadi dalam badan manusia. Makin tua umur kita, makin kurang kolagen yang badan kita boleh hasilkan. Dan kolagen yang dihasilkan oleh wanita adalah kurang berbanding lelaki.
.
.
.
Patut la wanita lebih cepat nampak tua berbanding lelaki.....huhu..
.
Sebab kolagen ni penting bagi manusia, maka, banyaklah produk kecantikan dan kesihatan berasaskan kolagen tumbuh bak cendawan lepas hujan....
.
Persoalannya. Benarkah produk berkolagen ni mampu menggantikan kolagen yang dah berkurangan ni?
.
Sebenarnya kolagen ni adalah sejenis protein, yang bila kita ambil secara oral, akan dicernakan menjadi asid amino dan bertindak sebagai protein yang biasa....tak sempat sampai kulit pun...sebab tu, kita rasa kenyang bila minum minuman berkolagen. Bagus. Baik untuk diet!
.
Bagi produk untuk kegunaan luaran pula, molekul kolagen yang besar pula tidak mampu menembusi lapisan kulit. Maka, dudukla colagen tu atas kulit kita..bagaimanapun, sifat kolagen yang menyerap lembapan membantu kulit mengekalkan kelembapan pada kulit kita.
.
Ada juga produk kolagen dihasilkan dengan molekul yang lebih halus supaya kulit dapat serap, namun, sistem immun badan manusia mungkin akan menganggap ia adalah bendasing dan akan memusnahkan kolagen tadi.....sayangnya....
.
Kesimpulannya, pengambilan produk berkolagen sama ada secara oral mahupun luaran, tidak membantu menambahkan kolagen dalam badan kita.
.
Jadi adakah membeli produk berkolagen adalah tak berguna?
.
Pada aku tak juga. Sebab, minum produk berkolagen memang membantu aku mengawal selera makan. Sebab protein membantu kita merasa kenyang lebih lama. Sebab tu ada sesetengah orang yang minum kolagen mengalami penurunan berat badan. Rasa kenyang menyebabkan kita tak makan banyak. Kan.
.
Ia juga bagus diambil secara luaran bagi mengekalkan kelembapan kulit sekaligus mengawal pengeluaran sebum.
.
Jadi, kalau korang nak betul² awet muda, bantu badan kita boost penghasilan kolagen secara semula jadi. Caranya? Ambil vitamin C secukupnya setiap hari. Sebab vitamin C adalah penting bagi membentuk kolagen, sekaligus membantu menguatkan sistem immune badan...
.
.
Korang jagan serik pula nak beli produk berkolagen lepas ni. Tau. Sebab produk berkolagen tetap bagus untuk kulit, ok?
.
Okeylah. Till then, tatatititutu!

p/s: kalau teringin nak ambil beauty drink beekolagen, try la EPHYRA atau BLINQ BEAUTY DRINK. Dedua worth try.

No comments: