Pages

ORYSENSE

Orysense

::FAKTA vs AUTA:: UJIAN MENGESAN MERKURI

Assalamualaikum. Hai.

Betul ke merkuri boleh dikesan semudah bakar produk kecantikan dalam sudu?
.
Soalan tu memang selalu aku terfikir, sejak teknik mengesan merkuri tu jadi viral dikalangan penjual produk kecantikan.
.
Semudah itukah? Biar betul? Jadi apa guna peralatan bernilai jutaan ringgit dalam makmal kkm?
.
To be honest, aku sendiri pernah buat ujian ni. Tapi lepas tu tiba-tiba aku terfikir. Apa benda la aku buat ni...sabun untuk melt and pour pun tak hangus bila dicairkan...kan?
.
So, aku pun post la soalan ni kat wall seorang pengusaha homemade product, yang memang sangat familiar dengan dunia kimia. Sebab dia sendiri merupakan student chemistry. Dah grad pun rasanya.
.
So here goes the answer.
[Edisi: Eksperimen Merkuri Qu Puteh Qu Puteh barulah hitam]
Saya ingin memberi 2 contoh sebelum saya menjelaskan berkenaan dgn gambar di atas. Ini kerana salah faham yang banyak terhadap ilmu kimia akan menyebabkan kita melakukan perkara yg dangkal
Contoh pertama:Logam besi(ferum/Fe)
Pada pandangan mata kita besi adalah sesuatu yg berkilat dan mempunyai warna metallic. Tetapi apabila kita gabungkan besi, sedikit air dan juga oksigen, maka ia akan bertindak balas dan menjadi Ferric oxide(Fe2O3). Bahan ini akan berubah warnanya kepada oren/merah gelap disebabkan kehadiran ion Fe3+. Inilah yg kita namakan sebagai karat. 
Contoh yg kedua: Logam kuprum(Cu)
Kita melihat logam kuprum berwarna coklat dan berkilat. Tetapi apabila kita letakkan kuprum tersebut di dalam asid sulphuric bercampur dgn hydrogen peroksida/ntiric acid, tindak balas yg berlaku akan menghasilkan sebatian copper(II) yg akan bertukar kepada warna biru. Ini disebabkan kehadiran ion Cu2+.
Apa yg saya nak anda semua faham, segala perubahan warna itu bergantung kepada bahan yg kita guna dan campurkan. Walaupun besi dan kuprum yg asalnya tadi berwarna metalic dan juga coklat. Ianya boleh berubah kepada warna lain sesuai dgn tindak balas yg berlaku
------------------------------------------------------
Berbalik semula kepada eksperimen produk di atas, org itu menyatakan jika dibakar krim itu dan ada perubahan warna kpd warna hitam, maknanya ada mercury di dalam produk tersebut. 
Tetapi anda semua kena tahu bahawa mercury yg digunakan untuk memutihkan kulit adalah terdiri drpd Ammoniated mercury(HgNH2Cl) ataupun Mercury chloride(HgCl2). Dan kedua2 bahan tersebut tidak berwarna hitam, biru, ungu dan hijau. Tetapi ianya berwarna putih. 
Dan tidak akan ada tindak balas kimia yg aktif berlaku jika kita hanya membakarnya dgn api lilin ataupun drpd api dapur sahaja kerana Ammoniated mercury ataupun mercury chloride tersebut merupakan unsur ionic yg stabil. 
Sama je mcm ko bakar garam dapur(sodium chloride). Takde perubahan warna pun. 
--DM--
.
Kesimpulannya, hanya lab test sahaja boleh mengesan kehadiran merkuri dalam satu-satu produk.
.
So stop doing foolish things. Oh, ini termasuk la gosok cincin emas pada lipstik. Eksperimen tu juga tahyul. Korang buat, rugi la cincin korang. Rosak.
.
Okeylah. Till then, tatatititutu

No comments: