Pages

ORYSENSE

Orysense

::SHOPPING:: SAFI RANIA GOLD

Assalamualaikum. Hai.

Mula² sekali aku nak bagi tau, yang ini bukan entri review. Just saja² nak share aku punya skin care terkini.


Ya. Safi Rania Gold.
.
Sabun ephyra aku dah habis. Dan aku perlukan cleanser. Cleanser yang kalau boleh, boleh remove makeup sekali.
.
So..pernah la dengar beauty guru youtubers bagi tau, cleanser yang boleh remove makeup(yang nipis je) adalah yang jenis cream.
.
Mula² ingat nak beli nivea mud 2in1 tu...tapi, cam was², takut tak sesuai. Nak ambik biore 2in1 makeup remover+daily cleanser tu, cam dah boring..hehehe...jadi...amek la safi rania gold.
.
Ekceli, ni bukan la first time aku guna SRG(dah cam SRK plak hohoho). Masa awal² kemunculan SRG, yang Che Ta jadi duta tu, aku ada beli trial set. Malangnya, tak sesuai pula. Muka naik berjerawat pass baton..tapi mungkin masa tu tak sesuai sebab aku belum jejak 30. Kot. Akhirnya beli SRG Cream Cleanser.
.
Kalau korang perasan, SRG ni ada 3 jenis cleanser.

  • Gel cleanser - untuk kulit berminyak.
  • Cream cleanser - untuk kulit normal dan kombinasi. Juga boleh menghilangkan sisa makeup.
  • Deep moisturing cleanser - untuk kulit kering.
Sebab aku ni kulit kombinasi(kering U zone, oily T-zone), aku beli la jenis cream.
.
Then aku perlukan moisturizer gak. Beli la losyen minuman wajah ni. Sebab aku tak suka krim pelembab. Aku tak beli serentak pun 2 item ni. Cleanser aku beli kat TF. Kebetulan tengah offer. Moisturizer ni baru je beli semalam. Kat Watsons. Produk safi rania tengah less kalau ada pengguna tegar nak beli sekarang.
.
Untuk cleanser, dah dekat seminggu pakai, so far ok pula. Tengok la nanti sebulan camner. Kalau rasi eloklah. Murah dan senang dapat.

Ok. Till then. Tata titi tutu!!

No comments: