Pages

ORYSENSE

Orysense

::REVIEW:: NURRAYSA BEAUTY GLOWING DD MOIST CAKE & PEARL LIPSTICK

Assalamualaikum. Hai.

Baru² ni aku beli barangan kosmetik dari Nurraysa Beauty. Ala, yang owner dia surirumah muda tu...muda² dah jutawan...

Eh..aku bukan buat koleksi barang mekap ke ape tau..memang bb cream aku dah habis pun..blinq foundation pun nak habis..

Dapat sampel sabun pencuci muka percuma

My first impression..
Glowing DD Moist Cake
- Design: Okeyla. Compact. Travel friendly.
- Tekstur: Moist and creamy.
- Coverage: Medium. Tapi rasa ringan je kat kulit.

Pearl Lipstik
- Design: Tipikal lipstik. Tapi aku suka sebab penutup dia transparent.
- Tekstur : Mudah disapu. Ada rasa sejuk² mint camtu lepas sapuan.
- Coverage: Lipstik ni bertukar warna lepas disapu ke bibir. Warna pink yang terhasil mungkin berbeza bagi individu berbeza.
(nanti bila² aku cerita apa magik disebalik magic lipstik okey.)
- Ada sikit bau wangi, dan lipstik ni juga melembabkan bibir. Kalau korang jenis suka matte finish lipstick, boleh la beli.

Tak ada trik kamera mahupun camera 360° terlibat

Dalam gambar ni aku cuma pakai moist cake dan lipstik tu je. Glowing tak mak cik? Hihihi...

Kalau kulit korang jenis kering, korang wajib guna pelembab kulit dulu sebelum sapu. Sebab, kulit kering buat sapuan nampak bercapuk. Korang tak nak kan nampak macam si tompok?

Macam aku tulis kat atas, coverage medium, cukup untuk cover apa yang patut dan sesuai untuk kegunaan harian. Satu lagi, foundation ni tak ada silikon dan wudhu friendly(yay). Dan dah ada kekulusan KKM. Jadi boleh gunakan tanpa was².

Harga mampu milik okey. Student pun boleh beli..

Okeylah till then, tata titi tutu!

No comments: