Pages

ORYSENSE

Orysense

::REVIEW:: EPHYRA SKIN BAR

Assalamualaikum. Hai.

Ephyra. Tak payah nak perkenalkan lagi dah. Memang dah terkenal pun kan. Tambah duta dia Memey Suhaiza yang cantik menawan tu. Lagipun blogger² mesti dah kenal pun...

Kali ni nak review ephyra skin bar pulak. Ikutkan aku tak la fan dengan pencuci muka bentuk pepejal ni..sebab aku menyampah bila bekas letak sabun tu tersenggol, jatuh ke lantai, isi terburai..bilik air bukan mak cik sorang je guna. Tak semua orang cermat kan...

Okey lah. Abaikan rungutan mak cik.


First impression. Warna biru sabun ni mengingatkan aku pada perfume fav aku, oceanus dari the bodyshop. Bau pun wangi..tapi tak over. Just nice.

Sabun ni boleh potong² untuk lebih jimat. Aku potong 4. Aku beli sejak september. Sekarang dah november. Baru nak masuk potongan ketiga. 'Gila jimat. Macam tak luak je aku guna'. Aku tau korang-fikir-macam-tu-kan?

Gambar pinjam. Cer tenung watermark ntok tuan asal. Pakai phone ni malas sikit nak letak link.

Hampir 2 bulan guna, memang ada la improvement, macam kulit lebih lembut, blackhead makin kurang, kulit kurang berminyak..paling ketara, nak sapu foundation senang gila. Smooth je kulit.
Tapi..
Aku tetap memerlukan pelembab kulit lepas cuci muka. Sebab kulit terasa sikit kering lepas cuci. Maklumlah. Kulit 3 series..kohkohkoh..

Aku juga ada buat kerja gila. Pakai sabun ni jadi syampu rambut. Serius best. Lagi best dari guna syampu komersil. Aku mengalami keguguran rambut yang agak teruk juga. Tapi sejak aku buat kerja gila ni, rambut kurang gugur. Syaratnya lepas korang sab..eh syampu rambut tu, guna conditioner. Aku guna penyegar kulit kepala safi shayla. Memang gandingan mantap lah! Tak pernah rambut aku lembut macam sekarang ni. Rasanya aku takkan beli syampu biasa dah lepas ni.

Sorry takde gambar. Kulit aku baru lepas fasa amuk.

Kalau lepas ni ephyra keluar produk penjagaan rambut dan kulit kepala, mungkin aku akan jadi pelanggan setia kot..hehehe..

Okeylah..kalau berminat nak beli, bolehlah berurusan dengan si cantik Husna Adnan, owner Afeeya Bella(klik untuk link). Harga pun tak mahal. RM39 je. Berbaloi sebab boleh tahan lebih dari sebulan.

Till then. Tata titi tutu!!

No comments: