Pages

ORYSENSE

Orysense

BAHAGIA YANG DIRAGUT PERGI

Hari ni wall fb aku dipenuhi berita sedih. Kematian 3 beranak akibat kemalangan maut, gara-gara sekumpulan pemandu gila. Paling sedih, perbuatan pemandu-pemandu gila ni menyebabkan dua anak kecil menjadi yatim piatu.

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.

Aku tak kenal keluarga ni. Tapi aku tumpang sedih. Aku ikut menangis mendengar tangisan kakak yang sulung. Aku sedih mendengar dia memanggil mama..mama...

Buat pemandu2 kereta di luar sana. Ingat. Jalan raya adalah hak awam. Kita bukan satu-satunya pengguna. Jalan raya bukan tempat tunjuk jaguh. Tindakan tak guna kita mungkin akan menyebabkan kesedihan orang lain.

Tak perlu nak bayangkan sangat. Cuma, ingatkan diri sendiri, jangan jadi punca kesedihan orang lain. Jangan aniaya orang lain.

Satu tindakan tak guna, sepanjang hayat tanggung sesal. Itupun kalau ada hati perut. Kalau memang spesis tak guna, tetap tak guna.

No comments: