Pages

ORYSENSE

Orysense

::RANDOM RANT:: ROTAN

Dulu, zaman aku kecik-kecik, rotan tu, biasa je.
Belajar mengaji, arwah bapak mesti pegang rotan.
Buat bising waktu maghrib, kena rotan.
Main sampai senja, kena rotan. Kadang-kadang kena halau duduk luar gelap-gelap banyak nyamuk.
Kat sekolah, tak siap kerja sekolah, kena rotan, kena cubit. Kena tempeleng dengan sir robert yang garang tu pun pernah
Seingat aku, bila usia menginjak remaja, tak  pernah lagi la kena rotan. Tapi dengar bunyi bersin arwah bapak pun aku da kecut perut. Hihi..
Rotan dan aku agak sinonim.
Generasi akan datang tak tau la nak jadi apa kalau mak pak sendiri nak ajar guna rotan pun jadi penjenayah.

No comments: