Pages

ORYSENSE

Orysense

DILEMA ISI MINYAK

Yau! Akhirnya aku dah ingat!

Rasanya mesti ramai yang ingat aku nak bebel-bebel pasal harga petrol ron95 yang ura-ura nak naik harga kan...

Uollss salah!

Tak ada kaitan langsung dengan kenaikan harga petrol(bebel-bebel pun kita tetap pergi stesen petrol bagi tangki kereta makan kan?)

Sebenarnya aku nak cerita pasal tinggal anak sekejap dalam kereta sementara nak pergi bayar kat kaunter untuk isi minyak. Hoi! Panjang sungguh mukadimah! Heh!

Ceritanya, aku selalu travel berdua dengan naufal. Diulangi SELALU. Bila dah selalu tu tentulah kena isi minyak kan. Kalau tak tak berpusing la roda kereta kan? Yang tak bestnya, kebanyakan stesen minyak adalah layan diri. Kalau ada atenfan pun sekadar duduk dan tengok je pemandu keluar dari kereta pergi kaunter bayaran. Aku selalu susah hati setiap kali nak isi minyak. Lagi-lagi yang kalau nak bayar kena masuk dalam mart dia. Sebab aku selalu tinggalkan naufal sekejap dalam kereta sementara nak bayar tu.

Mungkin ada yang kata bawak je la anak keluar, dukung je la, berat mana pun....

Memang tak berat, tapi nak keluarkan dan masukkan naufal semula dalam car seat agak leceh tahu? Tambah kalau time dia meragam tu. Fuyo! Berperang tahu?

Entah kenapa, aku rasa macam alangkah bagusnya kalau masih dilayan macam zaman dulu-dulu tu. Park kereta di pump, bayar di pump, atendan akan uruskan semua, siap dan terus jalan! Akan banyak memudahkan ibu-ibu yang travel berdua dengan baby kecik.

p/s: Aku selalu je cancel isi minyak kalau terpaksa beratur panjang untuk bayar.

2 comments:

lala yusof said...

my SIL dr dl sampai anak 3 masih xtau isi minyak kak, lagi2 bl my bro skrg PJJ je skrg so kna isi tangki penuh siap2;-)

Unknown said...

Oh.. Untungnya ada yang tolobg isikan. :)