Pages

ORYSENSE

Orysense

AHMAD ADAM SYUKRI

sejak-sejak dah ada anak ni, hati aku sangat-sangat mudah tersentuh. sejak tahu berita pemergiannya, aku jadi ikut sedih pulak...

“AHMAD ADAM SYUKRI LAHIR PD 4/3/12 DAN TELAH MENGALAMI BRAIN DAMAGED (SEVERE HIE) ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI KEROSAKAN PD SARAF OTAK…

“ADAM LAHIR SECARA VACUUM PD 4/3/12 DAN SEWAKTU KELAHIRANNYA ADAM KELUAR DALAM KEADAAN FLAT DAN KEKURANGAN OKSIGEN.SCAN MRI PD 9/3/12 MENUNJUKKAN OTAK ADAM MENGALAMI KEROSAKAN YG AMAT TERUK..ADAM TIDAK PANDAI MENELAN AIRLIUR DAN BERGANTUNG PADA MESIN OKSIGEN UNTUK TERUS HIDUP.ADAM JUGA PERLU BERGANTUNG PD MESIN SUCTION KRN TIDAK PANDAI MENELAN AIR LIUR UNTUK SEDUT AIR LIUR DLM RONGGA HIDUNG DAN MULUTNYA. MATA KANAN ADAM MENGALAMI INJURED,BEGITU JG DGN TELINGA SBLH KANAN YG TIDAK DAPAT MENDENGAR KRN KROSAKAN PD BHGIAN DALAM TELINGANYA.

“DOKTOR PAKAR OTAK MENGESAHKAN ADAM AKN TERLANTAR SEUMOR HIDUP DAN PELUANG UNTUK BERJALAN DAN HIDUP SPT KANAK2 NORMAL MMG AMAT TIPIS.DOKTOR PAKAR OTAK MENGKLASIFIKASIKAN KEROSAKAN OTAK ADAM SEBAGAI KEMATIAN SARAF OTAK..”


*Dari Allah Kita Datang, dan kepada Allah Kita Kembali.

tamat sudah penderitaan mu anak kecil...

buat mama dan papa adam, kalau ada terbaca post ini, bersyukurlah. insyaAllah, ganjarannya sanagat besar buat kalian.

Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat:Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku? Malaikat menjawab:Ya. Allah bertanya lagi: Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya? Malaikat menjawab:Ya. Allah bertanya kali ketiga:Apakah kata hamba-Ku?Malaikat menjawab:Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali. Allah Ta'ala memerintahkan malaikat-Nya:Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ˜Rumah Kesyukuran'."

p/s: aku tak sanggup letak gambar ahmad adam. setiap kali tengok(sejak tahu tentang dia), aku nangis.
p/s lagi: tak tahu siapa pula periwayat hadis tu..

2 comments:

Aty Fared said...

Sedih bc kisah dia..innalillah...

Unknown said...

Tu la..sedih sgt...