Pages

ORYSENSE

Orysense

KENAPA ENTRI BLOG AKU TAK BERGAMBAR?

salam!! hai!!

sebenarnya aku segan bila setiap kali hapdet, entri aku cuma ada tulisan merapu. jarang nak ada gambar. mesti bosan baca blog aku.
entah-entah yang menyesal follow pun ada.
erk..sebenarnya..aku...malas.
malas gila nak upload gambar.
serius malas.

lagipun, kebanyakan gambar-gambar aku adalah gambar syok sendiri, yang aku kira adalah peribadi untuk aku kongsi dengan orang lain yang tak cukup kenal dengan aku. kalau kucing, buku, barang mekap tu lain cerita ya.

aku cukup malas nak menekun pilih satu-satu, nak edit lagi, nak tambah caption...semua tu leceh!

lagipun aku tak cukup tabah nak tunggu gambar tu dimuat naik dengan berjaya(selalu gagal). jadi, lebih baik aku lebih banyak menulis, menulis, dan menulis!! aku lebih suka memberi gambaran dalam bentuk perkataan(alasan!)

aku suka bila pembaca aku berimaginasi dengan hasil tulisan aku(ceh!) sebab, nak mencari idea yang membolehkan orang berimaginasi(maksud aku yang baik-baik sahaja bukan yang bukan-bukan) bukan mudah.

heheh..kalau suka sangat tengok gambar, baca komiklah!(wah!)

dulu, aku pernah bercita-cita nak jadi pakar bahasa melayu. aku sangat suka dengan subjek bahasa melayu. aku tau, ramai orang kat luar sana tak suka subjek ni. kebanyakannya akan cakap bahasa melayu membosankan! mengantuk! lebih-lebih lagi prosa klasik! benci!
tapi aku suka.

malangnya, masa zaman aku, pengetua sekolah 'mengharamkan' pelajar yang mendapat keputusan PMR yang baik untuk masuk kelas sastera. mungkin pada mereka yang lebih dewasa pada masa itu, kelas sastera adalah untuk mereka yang kurang cerdik sahaja. walaupun ketika itu aku adalah batch yang pertama dengan sijil terbuka yang mana pilihan sepatutnya di tangan pelajar, bukan cikgu. budak-budak sekarang beruntung!

ya. aku merapu lagi. entah siapa mahu baca. okeylah. aku nak masak punten. tiba-tiba teringin sangat nak makan punten dengan sambal tumis ikan bilis.

selamat membaca!

*sampai sekarang, aku lebih suka dengan terma BAHASA MELAYU. sebab aku selalu terfikir, BAHASA MALAYSIA itu bahasa yang bagaimana? adewkew dewngan pewnambahan 'eww' dimana-mana? qtqu pown dngqn penggunqqn 'q' sebqgqi 'a'. atau penggunaan dialek-dialek tertentu yang dimiliki oleh kaum-kaum yang menetap di Malaysia tercinta ni?

No comments: