Pages

ORYSENSE

Orysense

PANAS!!!PANAS!!!!

huh...hari ni memang buat aku panas hati!
pagi(tak la pagi sangat pun) datang unisel, nombor habis.*(#*&!*#&^@()(!)
terpaksa tunggu sampai tengah hari.
tengah hari bila dapat nombor ada pula yang potong giliran. konon ikut sekali dengan kawan.hello! dah ambil giliran ikut giliranlah.ingat aku nak diam ke. memang aku selamba katak zass baik punya minah tu...ku tembak dia begini
aku tak main-main.aku betul-betul sound dia.cuma dengan cara yang lebih berhemah la.dan aku rasa muka minah tu dah macam ayam berak kapur lah!
XD!!!

lepas tu aku pergi berjimba dengan wan...pergi mph...habiskan baucer sebelum tarikh luput..weee!!!!!dah beli JDC!!!(nanti aku akan review, sebab aku dah lama tunggu novel ni)

tapi kan...masa dekat watsons sacc, ada pergaduhan...sampai berdarah.....huyo...live unplugged tu!! seorang lelaki dibaling dengan sebiji helmet. memang berdarah kepala dia.yang perempuan tu kena libas mukanya dengan tali pinggang. ini betul-betul kejadian!!!
keluar dari watsons, ada bekas-bekas titisan darah mangsa.menakutkan!!

tak tahulah pucuk pangkal cerita kenapa bergaduh sampai begitu sekali, tapi aku sangat berharap aku tak akan nampak lagi kejadian seumpama ini lagi

No comments: