Pages

ORYSENSE

Orysense

BEBELAN SEBELUM TIDUR

orang selalu pelik tengok aku baca komik. koleksi komik aku lebih banyak dari novel pula tu.
kalau masuk MPH atau POPULAR atau mana-mana kedai buku pun, rak komiklah yang aku tuju dahulu.kalau tak ada yang menambat hati, baru beralih ke rak  novel.percaya atau tak itu adalah hakikat.

sejak bila mula baca komik?
sejak sekolah rendah.aku tak tipu.memang sejak sekolah rendah.dan sekarang aku dah nak cecah 30 pun.tapi masih baca komik. tak ada apa nak malu.sebab komik juga bahan bacaan, sama seperti buku-buku yang lain.

'saya suka baca komik.bermula dengan UJANG(paling suka kartun LEEN MAFIA dan AH TUCK).berkenalan pula dengan ANAK-ANAK SIDEK.selepas itu terjumpa LANUN.tiba-tiba GEMPAK buat saya nampak STARZ. tapi BLUES buat saya kenal ramai kawan(walaupun banyak yang belum pernah bertemu empat mata).dan KOMIK-M membuahkan pertemuan pertama saya dengan ehem..jadi komik akan sentiasa menjadi bahan bacaan yang menghiburkan dan tidak akan pernah kurang dari rak buku saya.'
 
hehe jangan pelik.kecenderungan saya mungkin berbeza, tapi saya masih perempuan biasa yang suka nampak cantik tapi tak berapa suka bergambar.
XD!!

No comments: