Pages

ORYSENSE

Orysense

PMS

ehem..

topik ni kalau zaman dahulu kala mesti dah buat anak dara gushing blushing tanpa blusher. secara automatik pula tu…cool kan???tapi zaman sekarang ni benda ni dah jadi open.selamba katak puru masuk rumah je anak dara sekarang mengumumkan diri tengah senggugut atau sedang kedatangan ‘kawan baik’ kepada kawan-kawan lelaki…(lagi-lagi dalam bulan puasa ni..ada pula yang selamba minum di khalayak dengan berjaya…)

 

ooopppsss…panjang pula mukadimah kan…aku bukan nak membebel merapu okey…terus kepada topik.

PMS(pre menstrual syndrome)

bukan semua gadis@wanita ada merasa simptom-simptomm pms ni..biasanya dalam seminggu sebelum kawan baik datang gejalanya dah boleh dirasa..

 

antaranya:

  • sengal-sengal badan
  • sakit pinggang
  • cepat penat

itu yang fizikal. emosi juga mungkin turut berubah.

  • mood berubah dengan pantas
  • terlebih happy/sedih/marah/tertekan
  • keinginan makan yang meluap-luap(macam mengidamlah kiranya)

heh…aku bukan pengkaji dan apa yang aku sajikan ni bukan dari mana-mana kajian.ini apa yang aku alami sendiri.sebab itu aku kata tak semua orang merasa. pada yang tak merasa tu aku kira bakal pasangan mereka nanti bertuahlah…sebab dapat yang tidak banyak kerenah..

 

nasiblah encik tunang…awak dapat saya yang cerewet sebulan sekali..

XD

No comments: