Pages

ORYSENSE

Orysense

PEJAM CELIK PEJAM CELIK

diam tak diam, dah sebulan aku menjadi golongan bekerja.
dian tak diam juga, dah hampir seminggu aku hidup dalam naungan ramadhan.
diam tak diam lagi, cuma beberapa bulan sahaja lagi.
sedangkan aku belum buat apa-apa persediaan langsung!

aduhai..macam-macam nak kena buat.
kad belum sedia.
baju belum tempah.
rumah sewa belum ada.

nak nikah kat mana punbelum buat keputusan lagi.
aku nak nikah kat rumah.mak aku suruh buat kat masjid.
tapi tu lah.
kalau tak buat kat masjid macam segan pula sebab rumah dengan masjid jalan kaki 5 minit sahaja pun....cuma, aku lagi selesa kat rumah. mana lah tahu kot datang bulan ke masa tu...XD(tak beragak ye kamu nik!)

mekap pula...kakak aku beria lah suruh aku tempah andam.tapi aku ni fussy gila bab-bab mekap ni.

kalau boleh aku nak tempah michelle phan tapi dia jauh nun di u.s.
(sekali lagi, kamu nik tak beragak!)
XD

yang aku nak tekankan kat sini bukan lah pasal persiapan-belum-buat aku tu...tapi...
masa.

masa berlalu sangat pantas sekarang. pejam celik pejam celik je.
langsung tak terkejar.
padahal banyak sangat yang belum terbuat.
gila ah!!

minggu depan deadline projek buku tu.
Aduh!!!!

No comments: